"setiap hembusan nafasku untuk mendekati "mu" ": 2012

Tuesday 28 February 2012

::warga emas::

hye Guys!minggu ini minggu kedua kuliah bermula dan dah rase sikit2 bahang kehangatan melakukan assignment yang menimbun banyaknye. Ingat!jangan stress dan jangan rasekan ianya beban ye wahai adik comel.<perasan>. ok then,entry kali nie nak cite pasal kelas psikologi orang tua. Xsangka ianya menjadi subjek kami untuk sem ini. Bila masuk je kelas ini,rasakan ade satu momentum yang sangat kuat dalam diri. Terasa macam takut sangat nak teruskan kehidupan yang mendatang. Cuba bayangkan no more reproduce dalam dunia ini. Sudah pasti bilangan orang tua akan bertambah. Dan cuba bayangkan kalau orang tua meningkat.What will happen to the world. Hmmm..can't imagine an betapa huru hara nye nanti. Yelah. Mana tak nye.Orang tua nie sudah pasti dah nyanyok,cepat letih,banyak sakit2..Mesti semua keje memang x jalan la.Oleh itu,reproduce itu sangat penting. So, dinasihatkan kepada semua pasangan2 muda.Silalah lahirkan banyak anak =) <pensyarah aku yang kate..bukan aku> Pada awal2 tadi aku kate memberi momentum yang sangat kuat kan. Disini nak perjelaskan lagi. Bila aku belajar subjek ini aku dapat rasakan x sabarnya nak jadi tua and lagi satu aku terfikir "sempat ke aku merasa hari2 tua". Yeah.Nobody knows what will happen in our life kan. NOBODY. Only Allah knows.Lagi satu, subjek ini mengajar aku how to react with older people especially with our parents,grandmother and grandfather. Mereka sangat sensitif. Jadi, haruslah berwaspada dengan kata2. Kadang2 terhentak kaki yang kuat pun mampu membuatkan mereka mengalirkan air mata even hentakan itu bukan untuk mereka. <what the Bm is so poor~>. Aku pernah kot buat parents aku sedeh. Oh!jahatnya diri ini. Itu dulu. Dan aku harap sejarah hitam itu x akan berulang lagi. Sebab.Jujur aku cakap.Once kita buat diorang jauh dengan kita,kita akan rasakan samting wrong dalam hidup kita. Contoh macam burung tanpa sayap.Masa peristiwa hitam itu berlaku.Aku rasa macam nak lari dari rumah.Jujur aku cakap nieh. Sebab.Aku rasa bersalah bila lihat wajah mereka. Tengok.Betapa jahatnya aku. Tetapi, Sekarang. matlamat aku adalah untuk buat mereka bahagia. Akan cuba sedaya upaya buat apa yang mereka nak.Doakan aku agar peristiwa itu x akan kembali sebab aku sayang mereka.Mereka lah jantung dan nyawa aku. Tanpa mereka rasakan gelapla dunia ini. Sebab mereka yang buat aku jadi manusia sekarang. Terima kasih abah.Terima kasih ma. Terima kasih layan kerenah anak manja ini. <gelaran diberi>. Wait!sudah jauh mencarut sebenanya. Sorrylah.Bila cakap pasal parents nie memang emosi sangat terlebih. haha. Ok. sambung balik. Subjek orang Tua ini sebenanya menyedarkan aku bahawasanya suatu hari nanti aku juga akan tua.Aku akan ingat pesan lecturer aku sampai bila2. "Kamu,jangan lost contact ngan kawan2.sampaila kamu tua. biarla suatu masa nanti situasi ini terus akan berlaku bila kamu mula menjadi warga emas. Ini contoh situasi yang diberi oleh pensyarah aku ------------>


aku : Hello,u..i'm old already..
kawan : Hai,i'm old too~~

haa!comelkan kalau situasi ini berlaku. Sangat comel =). InsyaAllah Prof.Kami akan sentiasa berhubung antara satu sama lain sampai bila2. amin....thats all entry kali ini. Sebelum aku log out dari sini..aku nak tinggalkan situasi yang best berlaku dalam kuliah hari ini ------------>

prof shery  :  today,i'll announce the groups that i've made for all of you. I decide to make a group based on your list-name. For the first name that i mention,will be a leader for your group. i've made 6 group.Ok.For the first group is..
Nurhidayatee<nada suara yang sangat susah nak sebut>
"eh.cantik name nie"

aku: terdiam malu <poyo>

ok!done =)



p/s: Selamat hari warga emas sedunia.



::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Friday 24 February 2012

::hari ini hari awk --------> nurAzeema

hye Guys! hari ini hari bahagia untuk sahabat aku nieh! tanggal 25.02.12. was her birthday yang ke 21..dah tua dah dia.So,hari baik hari bahagia dia nieh.aku nak ucapkan selamat hari lahir. Moga dia tabah harungi hari2 mendatang. Yeah!suma org tahu.Semakin kita meningkat dewasa semakin banyak cabaran yang akan berlaku. Dan sangat pasti kawan aku yang sorang ini sangat tabah sebab dia seorang ibu dan seorang isteri dan sudah pasti dia sangat matang dari aku. hehe. <betul x zie??>.. azie!rasa macam baru semalam dok dekat2 dengan awk. Tido sebantal.Tido sekatil.Minum secangkir <eww~apa itu cangkir>. And watsoeva~ pergh sangat rindu saat itu. Dan yang paling rindu bila jaga kawan aku nieh tyme dia kene serang astma! =)..abih sengal2 badan membetulkan tangan2 dan kaki2 nya yang mula mengejang. Dah!sangat mencarut dan lari topik sebenar..

today is yours! be a good mom for ur kids..and always be a good wife for ur husband.. -----------> tak dilupakan be a good muslimah for our Creator Allah s.w.t..

untuk awak------------>





p/s: tiada hadiah yang sy leh postkan~~ lalala..hanya namamu sentiasa dalam doaku ntuk awk jauh nun di sarawak bumi kenyalang =)

LOTS OF LOVE! nurhidayatee...

::wassalam:;

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Wednesday 22 February 2012

::no comment::

hye guys!nothing to say..Tak tahu nak cakap apa cuma rasa macam tersedak saja bilamana ada orang ajak aku kahwin. Siap post keratan akhbar "pencapaian cemerlang selepas kahwin".Sangat sentap disitu. aku sangat setuju dengan statement itu tetapi ianya sangat bergantung dengan individu itu. Kalau dapat suami macam ntah pape haruslah merosotkan. Dan kalau dapat suami yang up to date~ haruslah cemerlang sebab nak fikir pasal masa depan keluarga yang pasti. Huhu. Tiba-tiba dalam dilema seketika. Hanya mampu berdoa agar suatu masa nanti akan tiba juga masa itu dan harap2 masa itu tiba bilamana aku bersedia untuk menerimanya.Cuba cakap kat aku siapa yang x nak kahwin. Siapa yang x nak ada suami. Ce gtau sekarang. Aku yakin seratus percent! ramai yang kata nak an. Begitu juga aku cuma masa yang tidak mengizinkan aku. Adoyai. Ada gak la an kengkawan yang nasihat kat aku kahwin cepat. Kahwin gantung la apa la. Kalau aku kata aku x leh diorang siap kata benda baik jangan ditangguh. YA.aku sangat setuju. NAK AJE AKU MENJERIT KATA AKU NAK! tetapi haruslah mereka faham akan kondisi aku sekarang. Aku nak belajar. Aku nak capai cita-cita aku.Aku nak capai impian aku. Bukan nak kata kalau kahwin nanti xleh nak capai semua itu tetapi situasi akan berbeza. Cubala doa yang baik2 untuk aku. Doakan lah ye benda itu akan berlaku bilamana aku bersedia menerimanya. Jangan desak dan jangan paksa aku untuk fikir pasal itu. Secara jujurnya. Aku belum bersedia untuk jadi isteri orang dan x pernah terfikir pun nak kahwin buat masa ini TETAPI aku berdoa inya akan tiba. <Impian semua gadis2>. dah. Sangat panjang dah coretan aku nie. Cuma satu je.. doakan yang terbaik untuk aku. =).. 

p/s: do understand me ya..<doakan jodoh aku akan tiba>


buat My Gemok..setia menanti. moga masa itu akan tiba =) insyaAllah...
::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

::hari ketiga::

hye Guys!today was my third day attended "kuliah". Kalau hari2 begini untuk semester ini mengejar bas dan masuk kelas lambat disebabkan bas.lemak r!marah dan rasa sakit hati tu mestila ada kan. Adoi. Tetapi,sekali lagi perkataan sabar harus menghiasi hari2 ku. Moga2 dengan sabar ini aku mampu bertahan dengan tabah untuk semester ini. <dah xde keje kot update pasal bas>. Actually,i'm trying harder nak update blog everyday.<sangat rajin bunyinya>.  what i'm gonna to say is "oh!no..aku x nak. Dilantik untuk menjadi penolong ketua program camp itu bukan itu yang aku nak. <sorry for the schematic word>. x nak ok!. But,bak kata Adam<one of my classmate> "ala.tolong je kot.xde ape pownla". Yeah.betul.sangat betul dan aku sangat setuju untuk statement itu tetapi aku takut aku x mampu. But, I'll try and do please help me keyh my dear lovely kengkawan sejati even that program sebenanye not really susah nak dihandle sebab kita jadi client and we just only will be a participant. But,mungkin pertama kali kan "aku takut".. haha..oleh itu.bantu saya tolong saya.saya budak baru belajar.<aku dah highlight and dah BOLD kan.so,tolong faham> aku membantu seikhlas hati dengan niat mahu membantu diri sendiri gapai rasa keyakinan diri plus this program is one of our assignment.so,aku akan berusaha. today, nothing yang best happen berlaku dalam hidup just wanna to say that balik je kelas kol 11.00 pagi tadi aku watch movie.Hafalan shalat delissa. <dah kali kedua tengok>. after that, aku tido sampai kol 6.oo ptg! amik kaw~ bosan punye sebab. <padahal assignment dah ada>. bangun2 je aku terus update blog and haruslah facebooking an! =). Done!nothing to say. Selamat beramal.Ikhlaskan hati.Suburkan jiwa dengan kalimah2 suci Al-Quran dan moga2 kita menjadi insan yang paling bahagia tika mana Allah menguji kita,amin..


p/s: xda unsur riak hanya sekadar menaip apa yang terbuku di hati kecil ini. 


::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Tuesday 21 February 2012

::langkah bermula::

Hye Guys!hari ini hari kedua menghadirkan diri ke kuliah.Semester ini subjek psikologi orang tua jadi teman setia dan sudah pasti sangat akan memberi impak yang besar dalam diri dimana ianya akan menjadi satu perkara yang wajib yakni setiap manusia akan merasai hari tua.<jika dipanjangkan usia>. Nama pensyarah aku semester ini Dr sharifah a.k.a Dr shery~ yeah! nama timangan itu sangat gempak dan aku mula membayangkan pensyarah itu seorang yang sangat muda dan bergaya..<pergh!bayangan yang sangat baik an>. Namun, bayangan itu hanya fantasi semata-mata. Sebab pensyarah itu sudah berusia dan sangat sesuai dengan subjek yang diajarnya. tapi!dia sangat berpengalaman dan yang paling meggerunkan dia pandai baca seseorang itu...<seramnye----->. haha..sangat pandai pensyarah itu psych org an~. Ok. Hari ini assignment yang sangat banyak mula menghantui diri ini. Tapi.rasa macam x sabar nak buat! <poyo je an>. Dengan semangatnya aku ingin buat! tapi haruslah ada buku dan sangat x sabar nak dapatkan buku itu disebabkan minggu ini rasa macam xde buat apa2.. <mula membuat ayat yang sangat poyo>. Entah kenapa aku rasa sesuatu yang lain semester ini.Apa yang lain pun aku x tahu. Harap2 kelainan itu memberi satu kesan yang positif dalam diri aku..amin.Dah xda modal nak cerita pasal apa cuma aku sudah mula memikirkan apa yang harus aku lakukan selepas tamat belajar nanti dan harapan aku mudah2han itu akan terjadi dengan izin Allah. amin. Terima kasih kepada Dr.Shery kerna telah memberi satu gambaran yang sangat positif terhadap diri aku yang serba dalam dilema tentang masa depan. Kini, insyaAllah pasti ada satu jalan yang mana akan merungkai seribu satu pertanyaan yang bermain dalam fikiran aku. 

p/s: awal2 semester ini dah xde keje memang rajin nak update an.nanti bila dah start dengan life yang sgt busy maafkan diri ini jika aku tidak tengok dan membiarkan kamu berhabuk ye Mr Blog.. <Persoalan???why Mr?Why not Mrs?> 



selamat membuat assignment ye!


jangan tido dalam kelas taw!



::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Monday 20 February 2012

::permulaan bermula::

hye Guys!hari ini tanggal 20.02.2012, bermulala kisah2 hidup sebagai pelajar kaunseling tahun 2 sem 4..Alhamdulillah dah lepas 2 sem bergelar pelajar kaunseling dan sudah pastinya mencoret seribu satu lakaran kenangan yang sangat indah biarpun pelbagai cabaran ditempuh. yeah aku berjaya melepasi 2 step dan sekarang tinggal lagi 5 step untuk memegang segulong ijazah. Pergh bunyinya macam lama lagi an tapi hakikatnya ianya sangat sekejap. Dah xda masa nak berfoya <oopss!jgn tersalah anggap sudah>..ya.itu sangat pasti namun haruslah mengnyahkan perkataan "stress" dalam hidup supaya mampu menjadi seorang pelajar yang sangat professional menangani kerja2 yang patut dibuat. Kini, tiada lagi azam yang ingin aku utarakan. Sebab aku sangat pasti azam tersebut sudah pasti aku akan melanggarinya.<sorry to say that i'm not that yang berpegang pada azam>. Cuma,satu yang aku cari semester kali ini iaitu keredhaan dalam menuntut ilmu. Niat yang ikhlas kerana Allah. Emosi yang sangat baik menangani masalah melanda dan sudah pasti hubungan yang sangat baik dengan kawan-kawan seperjuangan. Aku akan cuba. Tetapi aku tidak berani berjanji kerna manusia ini sering berubah. Namun, mencari keredhaan itu yang utama dan ianya sangat berkait dengan yang lain. Hari pertama hari bahagia. Sedaya upaya menerima assignment yang diberi dengan penuh terbuka dan yang pasti tiada keluhan yang akan menghantui diri aku.YA..assignment2 kali ini sudah pasti sangat mencabar aku "adakah aku mampu menjadi someone yang aku nak"..aku sangat tertarik dengan kata2 Puan Salhah "kamu semua sudah menjadi professional counselor" sangat bangga mendengarkannya dan ianya seolah2 menjadi satu bisikan semangat terhadap diri ini. Yeah..i'm trying to be a professional counselor and try to understand people coz  aku bekerja dengan manusia dan bukan dangan mesin.Dan sudah pasti ianya sudah pasti menjadi satu cabaran yang sangat best. Moga hari2 ku selama 4 bulan ini memberi jutaan pengalaman yang mampu menjadikan aku seorang yang matang..=) 


p/s: Moga kawan2 aku tabah menerima tugasan yang diberi dan moga juga kita semua peroleh satu kejayaan yang mampu membuktikan keakraban kita sekeluarga. 

"hadapi dengan senyuman"


-sangat besar dan moga2 ianya sentiasa begini sepanjang semester ini-


::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Saturday 18 February 2012

::done with it::

hye Guys!baru balik dari jejalan dekat The Store with my lovely mak, my adik and my Gemok. Alhamdulillah my mak tersayang dapat jugak beli her jubah wane coklat yang dicari selama ini. Then, after je balik dari jejalan pusing cuci mata.Sampai je rumah bergegas paegi dapur buat kuih ketayap lagi oleh kerana inti semalam masih ada. and leh kerana masih ada yang belum makan kuih itu semalam.<ayat macam budak tadika>. Pada mulanya just nak buat kuih ketayap but macam ada masa lebih so decide buat roti jala yang tak pernah buat sebelum ini and disebabkan tengahari tadi buat kari ayam. So,aku try jela wat roti jala. Recall punye Recall cara nak buat sebab sebelum nie pernah la tgk makcik buat. Alhamdulillah menjadi. <sebabkan menjadi la bercerita kat blog,kalau x..hampeh> . Maafla tiada gambar yang diambil sebab x sempat nak amik. <lagipun xde DSLR an>.Harap2 korang percayala an.. trust me keyh..<x penting pun an lau x percaya>. So, aku letak bukan gambar sebenar jela an.. <saje nak semakkan post ngan gambar2>..


ini roti jala taw kalau ada sesiapa yang tidak mengenalinya 


ini kuih ketayap <macam x logik kalau x tahu an>


p/s: kearah menjadi isteri yang baik =)

::wassalam::


thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Friday 17 February 2012

::sehari diuji::

hye Guys!tengahari ini aku diuji leh my mak kesayangan membuat kari ayam <sounds easy>. yeah!sangat senang bila dah sangat mahir membuatnya. And it was my second time did kari ayam. hurm..okla..better than before. alhamdulillah =). Semakin hari semakin diuji and sangat terasa diri ini sangat meningkat dewasa and sangat sesuai kalau dah berumah tangga and sangatla patut ade anak dah sekarang.lalala.oops!terover la plak. <belajar dulu jangan berangan>.. dats All yang mau diupdate untuk this lunch hour~ and this evening mau keluar dengan my mak kesayangan and ofcoz my driver a.k.a my Gemok..kteorg nak pegi The Store Sg.Buloh nak usha2 jubah wane coklat idaman hati my mak kesayangan sebab nak match dengan tudung yang dibeli . done! enjoy the pic, not a real picture =) 



not gambar sebenar 

p/s: moga sentiasa mempraktik segala apa yang dipelajari untk menjadi seorang isteri yang sgt baik! <berangan n future thinking =)>

::wassalam::





thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

::alhamdulillah::

hye Guys!menyayangi seseorang itu suatu perkara yang sgt best an.Malam nie rasa mcm happy sgt sebab for the long2 time x dengar suare seorang teman nie even sekejap. and just because of topup credit i can hear her voice. Rasa rindu terubat.Suara beliau kedengaran matang. Saya sangat kagum terhadap beliau. Beliau seorang yang sgt kreatif, berfikiran jauh dan pandai. Yeah!really admire her talents.Moga beliau berjaya dalam hidup and got all her dreams n hopes! =)

p/s: td usha2 die punye Facebook dengan niat nak copy pic beliau..p,sayangnya xada =)


::wassalam::
thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

::hari ini hari awk::

hye guys!hari nie pada pukul 6.00 ptg setelah bertungkus lumus membuat kuih ketayap yang baru first tyme membuatnya <alhamdulillah menjadi even not too comel bentuknya> aku..dengan my adik pegi KFC sambut birthday my Gemok..<mcmla die x gemok an>. Hepy dan suka sangat even that sambutan not too meriah but i love it coz aku mampu buat my Gemok tersenyum.. huk3x..terharunya! =).. aku x mo cakap banyak2..nak tunjuk2 gambar2 yang comel pasangan ayam serama < gelaran yang diberikan oleh mak my Gemok.hak3x..

nie kek yang saya bagi kat my Gemok =) 

pasangan comel AYAM SERAMA < gelaran diberi oleh mak die >








nie My ADIK


DONE!walaupun x meriah.but saat ini x akan dilupakan =) 
sory picture not too good <gune handphone je xde DSLR >

p/s: ini hari bahagia =)
::wassalam::


thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Thursday 16 February 2012

::untuk Gemok!::

sempena hari jadi kamu 17 Feb, diri ini nak tujukan lagu untuk kamu..moga lagu ini sentiasa menghiasi hari2 mu. kerna diri ini pasti tidak mampu memberikan yang terbaik selamanya..


"moga segalanya berakhir dengan ikatan yang halal"

p/s: maaf x sayang awk sgt.
thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

::untuk kalian::


this song i dedicated to ALIA FADALIANA,ARISYAH,AZEEMA,HASHIMA NABILLA,DYG NURFATIN NABILA,NURUL NADIA,SH NURFARHANA...

"moga setiap gerak geri kalian sentiasa dalam redha Allah"

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

::terfikir sejenak::

hye guys!dipagi hari yang penuh ceria lagi hening ditemani dengan bunyi deruan kipas tanpa gangguan jeritan nakal adik2 membuat aku terfikir satu perkara.Kenapa kita perlu berkecil hati dengan seseorang walhal seseorang itu tidak putus dari melakukan kesalahan.Begitu juga dengan kita.we're human being.its such a normal things to do wrong.Kadang2,tak pernah terlintas pun untuk berkecil hati namun mengapa ianya tetap hadir dalam diri. Aku punya teman2 yang aku sayang.Namun begitu, bayangan mereka kian hari kian menjauh. Adakah mungkin salahku perkara ini berlaku.Adakah aku bukan sahabat yang baik untuk mereka. Atau mungkin  zaman telah berubah. Peredaran waktu terlalu pantas sehingga terlupa persahabatan pernah terbina sebelum ini. ya,aku akui aku salah. Tanggapan aku terhadap mereka salah. Mungkin selama ini aku merasakan mereka lupakan akan diri aku.Tapi, kini..aku rasakan mereka masih mengingati aku meskipun tiada khabar menghiasi telefon bimbitku mahupun rungan chatboxku. Suka aku katakan mengingati seseorang bukan sekadar berhubung di alam maya jika jauh namun ungkapan2 doa juga menggambarkan kita mengingati seseorang. Maafkan aku teman2 jika sebelum ini aku salah tafsir akan diri kamu. Kini, biarpun berjauhan,nama2 kalian tetap dalam doaku. 





p/s : trying not too emotional. =)

::wallahualam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Wednesday 15 February 2012

::patut ke??::

setelah 2 hari bertapak di Kampung Orang Asli,Serendah..pelbagai perkara yang dipelajari..pelbagai kata diikat menjadi satu frasa..indahnya hidup jika kata2 itu sentiasa dijalinkan agar menjadi satu kalimah yang sangat berharga dalam hidup..

pernah terfikir tak?? nikmat itu sementara..kejayaan itu sementara..suka itu sementara..duka itu jua sementara..bahkan diri kita juga sementara..segala dalam dunia ini hanya sementara..itulah antara bait2 yang sering didengar..namun begitu,sejauh mana kita memahami akan frasa2 tersebut..sejauh mana kita mendalaminya dan sejauh mana kita merasai kehadirannya..

sekadar perkongsian..suatu ketika dahulu..aku pernah jatuh tersungkur..tiada daya..tiada kata yang mampu menghulur bantuan untuk aku berdiri kembali..aku terus terjatuh dan terjatuh..rasa bagaikan tiada ertinya jika aku terus berusaha..ya..aku pernah putus asa..aku pernah merasakan aku tidak akan bangun2 lagi..namun,siapa aku untuk tentukan nasib hidup..siapa aku untuk terus hanyut dibuai noda2 keruntuhan semangat..dan siapa aku untuk menentukan segalanya...

namun..Allah telah memberiku peluang merasai apa itu nikmat berjaya..apa itu nikmat diterima anugerah..ya..ianya nikmat..namun disebalik kenikmatan itu terselit seribu tekanan..aku mula risau..aku mula resah..aku mula takut..apakah niat aku yang sebenar?? aku takut rasa megah menguasai diri..lantas aku berdoa:

"yaAllah..jika anugerah ini menimbulkan rasa megah dihati..maka jauhkan seketika..kerna aku tidak mahu ianya merosakkan hati aku..namun yaAllah..jika suatu hari nanti..aku ditakdirkan untuk jatuh..biala kejatuhan itu menimbulkan sifat redha dalam diri aku..kerna niat aku hanya satu..kernaMu YaAllah..wahai Allah..jika aku jatuh, janganla ada sifat putus asa dalam diri dan jika diberi peluang sekali lagi untuk bangkit..bangkitkanla aku dengan sifat ikhlas kernaMu yaAllah..amin "


Alhamdulillah..terima kasih yaAllah memberiku merasai nikmat2 ini..biarpun ianya tidak seberapa namun aku bersyukur kerna Engkau telah membuat ku tersentak dari lamunan itu.. suburkanlah rasa cinta ini dan tempatkanlah aku ditempat golongan2 yang sentiasa mensyukuri serta meredhai segala apa yang terjadi dalam hidup...

"hidup ibarat putaran roda..kadang naik..kadang turun..namun Allah tetap disisi tidak kira walau bagaimana keadaan kita sekalipun"


::wallahualam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Friday 10 February 2012

::Majlis::

assalammualaikum..selamat petang..petang2 canggini lau pekena goreng pisang kan best =).. nak tunggu MY gemok antar la~~~ lalalaa... hehe..

ehem! bukan itu yang ingin diceritakan disini..sebenanye..nak gtau..saya seorang yang bertuah taw..nak tau sebab ape??? sebab saya dah naek pelamin.. alhamdulillah.. berkat doa semua.. < ayat best!>.. mesti sume org sentap an..cuti sebulan senyap2 naek pelamin..nak wat camne an..rezeki saya..dah tu..ada cik BLOGGER terkenal datang ke majlis itu dan bergambar dengan saya atas pelamin..<ayat cam udak x pass bahasa melayu je an> ...... malas la nak taip panjang2.. saya mau tunjuk gambar2 comel saya dengan cik BLOGGER terkenal atas pelamin di MAJLIS PERKAHWINAN MAK SU saya.. < kantoi bukan majlis saya =) >......











done! TETAPI...siapakah BLOGGER terkenal itu ???

::wassalam::

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Tuesday 31 January 2012

::sabar::

salam ukhuwah..salam mahabbah..

kini..seringkali kita ucapkan kalimah sabar bilamana seseorang itu menghadapi masalah dalam hidupnya..namun begitu..adakah ianya jalan penyelesaian yang baik dimana mampu mengubah tingkah laku seseorang itu ketika menghadapi masalah?

antara ungkapan yang sering digunakan..

budak A : awk...saya sedihla..mak ayah saya bercerai..saya x boleh nak tumpukan pelajaran..saya stress..saya rasa nak mati je..


budak B: awk..awk kene banyak bersabar..org yang bersabar pasti dapat ganjarannya nanti..Allah x akan uji kite kalau kita x mampu..

persoalannya...

adakah dengan mengatakan demikian..seseorang itu akan berfikir..sabar itu penting..
bagaimana..kita sebagai seorang kaunselor hendak menguatkan lagi kalimah sabar itu dalam sesi kaunseling agar seorang klien itu faham dan akur bahawasanya kalimah sabar itu mampu mangubah sejuta haluan dalam hidup kita?

::masih mencari jawapan segala persoalan::


thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Monday 30 January 2012

::ujian untuk orang mukmin::

salam ukhuwah..salam mahabbah..


  • sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa kekasih-Nya, tetapi Dia kadang-kadang henya menguji.
seseorang mukmin, semestinya berkeyakinan bahwa Allah tidak akan mengujinya dengan sesuatu, kecuali untuk kemaslahatan itu akan diperolehinya di dunia, atau mungkin juga di akhirat. Mereka redha dengan ujian Allah Taala dan bersabar atas ujian tersebut sehingga datang perubahan dari Allah. Mereka disibukkan oleh Allah dengan suatu ujian atau cubaan yang ditimpa keatas mereka. 

persoalannya disini??

jika datang kepada aku seorang klien yang begitu tertekan dan terlalu rasa terbeban dengan masalah yang ditimpa.. adakah mereka faham akan segala yang disampaikan diatas??adakah mereka akan menjadi seorang yang tenang setelah itu yang akau akan perkatakan kepada mereka??

:: adakah persoalan ini akan terjawab?:: 


thankz for reading this :)

www.tips-fb.com

Sunday 29 January 2012

kehidupan yang hakiki itu ialah kehidupan akhirat

salam ukhuwah salam mahabbah...


Pendekkanlah angan2mu..bersikap zuhudla kamu didunia,kerna zuhud itu mampu memendekkan angan2..

Tinggalkanlah teman-teman yang buruk,putuskanlah rasa cinta dan kasih sayang kamu dgnnya..serta hubungkanlah kasih sayang dan cintamu dengan orang yg soleh..

thankz for reading this :)

www.tips-fb.com